Pada saat entri ini dipos, saya berada beratus-ratus kaki di atas paras laut menuju ke rumah. Kan best jika boleh terus landing di Shah Alam, lebih spesifik di tanah lapang berhadapan Kolej Cendana Seksyen 6. Hehe.. perasan tak saya ada guna perkataan 'jika'?
Jika saya kaya, saya mahu bantu orang miskin, papa kedana dan orang susah. Bukan bagi duit bedebuk macam itu. Saya mahu tawarkan mereka pekerjaan. Tapi, ada dua kemungkinan juga. Jika saya kaya, kemungkinan besar saya akan beli banyak handbag, kasut, baju dan macam-macam lagi aksesori wanita. Oh wanita!
Jika saya dapat putar masa semula, saya tidak mahu ulang kesilapan yang telah saya lakukan. Tapi.. itu tidak mungkin akan terjadi. Perkara yang dah berlalu kita kena biarkan ia berlalu. Perlu redha. Cakap memang mudah, tapi hati ini perlu dilatih untuk redha. Bukan sehari dua. Kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun.
Nampak seperti saya sedang marahkan diri sendiri bukan? Ya. Saya marah kerana setelah 23 tahun masih tak nampak apa yang telah saya sumbangkan pada manusia dan agama. Saya marah kerana saya tidak sebaik mereka yang baik. Saya marah kerana saya sukar menzahirkan perasaan saya secara natural, tapi nampaknya saya lebih telus melalui tulisan.

"Sudah Erina, sudah!"
Percaya yang ada hikmah atas segala apa yang terjadi. Itu lebih baik daripada salahkan diri sendiri. Ya, saya perlu belajar. Belajar bahawa untuk dapatkan sesuatu, kita perlukan korbankan sesuatu. Hm..
Saya sudahkan korbankan sesuatu yang saya sayang sempena Hari Raya Haji kali ini. Kamu pula bagaimana?
PS: Saya tulis entri ini sambil mendengar lagu ini sambil cuba untuk tersenyum seperti ini. :)